Select Page

Khas buat isteri-dan abang2 yang duduk dalam Selangor dan dah ada rumah sendiri..

 

Mahu rumah nampak cantik dengan warna paling terkini dalam masa 3 hari?

 

3 Hari? Boleh ka? Tak percaya lah?

Boleh ja. Cuma, Kena tengok jugalah berapa luas rumah tu. Kami dah pernah buat sebelum ni… sehari setengah siap semuanya, Tunggu pindah masuk dan susun barang ja lepas tu. Tambahan rumah tu kosong, boleh la buat cepat-cepat. Tambahan tenaga kerja juga yang professional.. memang lah cepat siap..

Sebelum tu untuk pengetahuan akak dan abang, cat pula ada bermacam-macam jenis cat. Tapi yang ni cat yang biasa-biasa, maksudnya jenis cat dinding yang 1 warna, warna kosong dan bukan cat dinding yang fancy-fancy, iaitu bukan cat yang berlainan dari yang lain, iaitu bukan cat yang dari “JENIS SPECIAL EFFECT” atau “CUSTOM PAINTING”.

 

 

Youtube momento merah disini—

Ini teksture painting seolah olah wall paper kalau tengok dari dekat. Nama dia cat momento/sancora. Yang menjadikan ianya lambat siap kerana jarak dari lantai ke ceiling agak tinggu, tidak boleh gunakan roller atau berus, semua menggunakan tenaga manual.

Kalau yang jenis melukis pemandangan macam ni ambil sedikit masa untuk siap sepenuhnya.

(Disclaimer letak disini)

Ini lah antara contoh custom painting , maksudnya kerja kerja mengecat bukan sekadar cat biasa, tapi bagi mereka yang mahukan kelainan dari dinding yang lain, ia memang diperlukan. Penggunaan dinding feature wall berfungsi supaya dinding tersebut menjadi daya tarikan dan titik fokus pada mereka yang bertandang. Ada yang memilih kepada warna yang lebih santai, tidak kurang juga yang memilih warna lain dari yang lain supaya supaya kehadiran dinding feature wall ini lebih dirasai…

Jika diikutkan harga, pasti ada yang berkata yang cantik pastinya mahal..  Berkaitan harga feature wall harga bermula serendah Rm 7.00 sekaki (momento/sancora) sehingga mencapai Rm 35.00 sekaki bergantung pada kerumitan dan ketinggian dinding atau ceiling yang akan dibuat nanti. Yang pasti harga yang kami tawarkan adalah harga mampu milik sesuai dengan rumah yang akak dan abang tinggal sekarang ini.

Nanti kami terang kan jenis yang lain- lain lagi sekejap lagi,

siap dengan gambarnya sekali. Boleh?

Baiklah Kalau macam tu..

Teruskan membaca…

 

Ok lah,

Untuk mencari kontraktor cat bagi kerja mengecat luar rumah dan juga dalaman rumah akak dan abang yang k0ebiasaannya dibuat diluar sana, akak dan abang tak perlu pening-pening dan risau dimana lagi nak mencarinya..

Ini lah tempat yang betul. Harapan dari kami, akak dan abang  akan berpuas hati nanti bila dapat berurusan nanti, bukan sahaja sebelum… malah sesudah kerja dibuat dan kami berharap semua dapat berjalan dengan lancar.

Tak perlu ragu-ragu  dan bimbang, kami yang akan uruskan semuanya. Bermula dari perbincangan memilih warna pilihan mengikut katalog warna, seterusnya penerimaan kunci untuk memulakan kerja (jika rumah kosong), sampailah kerja mencuci titik cat yang tersasar jatuh di lantai , Bermula dari awal sehinggalah habis kerja.

Semua kawasan tempat tu, akan kami lapik sebaiknya mengikut kesesuaian lantai, manalah tahu ada yang terkena percikan cat nanti!

Cuma akak dan abang tengok dan perhati je..  kasi masa sikit untuk team kami cat rumah cantik –cantik sampailah siap kesemuanya 100%.

Selalunya bila dah siap nnti, kami update balik dalam wassap dgn kasi gambar jika akak dan abang tinggal jauh dari rumah yang tengah buat kerja ni. Ni Contoh update kerja macam gambar kat bawah ni.. ok tak,?

 

 

“Malulah dengan jiran, sebab ceiling rumah dah macam warna kuning karat…….”

Biasa dengar ayat camtu..?

Mana tidaknya.. rumah tu dah la duduk lama… warna dinding pun dah mula pudar… warna cat rumah tu pun makin luntur dinding luarnya… kusam dan tak lagi nampak cantik…  Itu belum lagi tengok siling dalam rumah… Warna ceiling pun boleh tahan juga kelam dan suram warnanya.. Ada nampak kuning-kuning sikit… pastu ada “peta” lagi….wowJ

Kalau 10 tahun dulu memang la putih melepak, Itu cerita 10 tahun dulu ya… sekarang ni, yang putih tu pun dah tak putih dah.… dinding pun dah jadi macam papan hitam sekolah.. untuk pendidikan seni.. maklumlah… budak-budak..!  conteng sana.. conteng sini.. ikut dan saja.. senang kata… kita pun kadang kala tak perasan bila benda ni terjadi,, sedar-sedar dah ada.. J

Kalau time buat doa selamat pula, mesti yang datang asyik pandang ja siling tu saja…

Dinding pun macam-macam warna  bergaris pun ada. Dari pensil biasa, pensil warna, sampailah ke crayon .. Malu aih!

 

Jadi, kalau boleh..

nak cantik balik macam “rumah orang yang lain”.

 

So… sekarang ni nak buat apa ya?

Kalau boleh nak kena cat balik cepat-cepat..

Lagipun, dah lama sangat tak cat rumah tu… tak salah pun kalau nak cat rumah tu dengan warna baru … design baru.. suasana pun baru… sekali-sekala apa salahnya….  Dah masanya untuk bertukar kut? J

Ok..ok.. bolehlah cat rumah kalau dah macamtu…

 

Tapi, tu la…

 

“Takkan diri sendiri yang nak mengecat rumah tu… memang tak ada masa… kami pun sibuk selalu..,  ”.

 

Kalaulah ada orang yang boleh tolong catkan, alangkah bagusnya.. senang kira..

Of courselah Kena bayar upah sekali dengan beli barang yang diorang beli kat kedai cat tu..

 

Nak buat sendiri kena beli barang sendiri., kena transport lagi,, dan bersesak kat hardware pulak tu..

Dan nak beli cat tak boleh main agak-agak ja beli.. takut pula cat tu yang tak cukup nanti.. kena datang lagi sekali… cat simen dan cat kayu pun berbeza, tak sama ya.. jangan silap pilih ..

 

Dan kalau terlebih beli cat.. bukan boleh “return“ balik kat kedai tu.

Almaklumlah cat ni sekarang kan pakai mesin “bercomputer” bila orde…

dah masukkan kod warna… baru mesin tu bancuhkan,

tak bole order siap.

bukan macam dulu-dulu  yang “READY STOCK”..

warna pun limited time tu .

kalau dah tersilap beli agak-agak nak buat apa ya dgn cat tu?? (Sila fikirkan)

Kalau dgn  kontraktor cat macam kami, biar kami yang selesaikan masalah tu sendiri.. masa untuk ke kedai pun dah tak perlu dah.. semua kami yang tanggung..

Sebab kami ada team yang sedia membantu akak dan abang mengecat rumah..

 

Akak dan abang hanya pilih warna saja.. semua jenis warna yg ada kat luar sedia untuk dipilih… kita bincang berdepan bila kami sampai nanti..!

Akak dan abang sekarang ni dah berada di tempat yang betul ..

Dah melangkah satu tapak kedepan untuk dapatkan tukang cat rumah yang terbaik..

Next, lepas kita bincang..

Kena setkan masa yang sesuai untuk tengok tempat..

Dan boleh mula cat..

 

Masalahnya ..

Bilalah nak mula mengecat ni..

 

sabar..

sabar sikit..

 

Baca dulu sampai habis…

Nanti tak faham…

 

 

5 Minit Untuk Kami Perkenalkan Diri:

Hai… Nama saya Zoy, pengasas dan ketua untuk pasukan pekerja keras di Zoy Construction  Services. Saya berpengalaman selama 17 tahun dalam bidang pertukangan, pembinaan, lukisan dinding dan ceiling serta servis cat mengecat rumah .

 

Kini, saya lebih banyak fokus kepada hiasan dalaman dan juga kekemasan terakhir. Jika dulu, saya dah pernah menghasilkan cat dinding untuk istana-istana, rumah kediaman VIP dan VVIP, rumah-rumah bangalow, Keseluruhan Dinding dalaman PWTC tingkat 2, masjid-masjid, outlet-outlet kedai serta pejabat-pejabat kerajaan.

 

Tapi, sekarang saya lebih suka mengambil upah mengecat rumah-rumah orang di sekitar kawasan Selangor sahaja. Bole lihat sebahagian hasil-hasil kerja kami sebelum ini, Semua ini ialah projek dan upah cat bangunan dan lukisan dinding luar dan dalam rumah di merata-rata tempat seluruh Malaysia sebelum kami focus  hanya di kawasan SELANGOR sahaja.

[masukkan gambar bahagian Portfolio Kami]

 

6 Bahagian Yang Kami Sangat Pakar Mengecatnya

Antara kerja-kerja servis cat rumah yang kami lakukan merangkumi:

  • Mengecat rumah dan bangunan

Tidak kira luar dan dalam rumah, bumbung, simen, kayu dan juga besi.

——

 

  • Siling

Kami sebagai kontraktor cat juga menyediakan servis untuk melukis dan mewarnakan gambar di siling menggunakan tangan. Perkhidmatan mengecat rumah ini termasuklah mengecat rumah guna semburan air brush (nak buat siling bentuk awan) dan teknik sponging.

(masukkan gambar youtube spray ceiling)

 

 

  • Dinding

Untuk cat rumah yang seperti biasa guna roller penggelek cat tu, dah biasa bagi kami,

Tapi cat dinding special yang lain  seperti feature wall momento siries / sancora paint (cat seolah-olah wallpaper), lukisan 3D didinding atau ceiling, lukisan panorama, melukis logo di dalam atau luar dinding pejabat, lukisan berunsur kanak-kanak sekolah(dinding taska), menzahirkan gambar digital/potret di atas dinding jenis simen dinding, marble effect buatan tangan, lukisan mural dan stucco untuk feature wall,  juga termasuk dalam servis kami.

  • Lantai

Epoxi ni cat lantai (menjadikan lantai lebih terang, bersih, kemas dan mudah untuk diselenggarakan) untuk kawasan perindustrian dan halaman rumah/tempat kereta puan. Ada juga yang gunakan cat epoxy ni di padang badminton court yang lantai berkilat tu lah bila kena mop. Itu jenis epoxy yg berwarna hijau, warna lain pun ada juga

{gambar cat lantai / Sample}

  • Texture painting / gold leaf/ antiquing

Mahu tukar tombol pintu menjadi warna keemas-emasan? Tanpa tukar set kunci yang baru, Kami boleh tukarkan warna yang lebih bertenaga dan Nampak baru untuk yg gah warnanya untuk puan! Bole tengok  kat bawah ni

Video youtube antiquing paint untuk cat tombol pintu projek taman malawati

 

  • Marble Effect Wall / Pillar

Tak ramai yang tahu hasilkan dinding secantik ini, hanya rumah2 tertentu saja yang sesuai dibuat Effect ni.

Cat rumah yang cantik dan bersih menjadi amalan dan S.O.P kami .

 

 

 

7 Keistimewaan Kami

 

  • Berpengalaman sebagai tukang cat bangunan dan kediaman

Selama 17 tahun ini, kami dah banyak mengecat pelbagai bentuk bangunan dan kediaman termasuk rumah yang “sebiji-sebiji”, berkembar, single atau double-storey, banglo, pangsapuri/ apartment, town house, dewan orang ramai, hotel, kilang-kilang perindustrian, kedai, pejabat, restoran, tiang2 istana, kediaman menteri dan pajabat kerajaan.

Upah cat rumah flet atau kondo , atau cat bilik sahaja beserta barang sekali pun x da masalah untuk kami buat .

 

Jadi…

Rasanya tiada masalah untuk mengecat sebijik rumah lagi..tak kisah lah rumah jenis apa..

iaitu rumah akak  dan abang, kan.. ?

  • Perkhidmatan mengecat rumah siap dalam 2-3 hari sahaja

Kerja-kerja mengecat ni boleh siap dalam masa 2 hingga 3 hari sahaja. Sabar dulu. syaratnya jika rumah tu kosong. Jika tuan rumah ada tinggal disitu pun, (dengan izin tuan rumah), kami tetap teruskan mengikut masa yg ditetapkan. Jika terlewat sedikit daripada jadual, selalunya disebabkan kerja-kerja angkat dan pindah barang (perabot). Mungkin terlewat 1 hari dari tarikh sasaran, tengok jumlah banyaknya perabut. Selalunya, kerja kami akan siap dalam masa 2-21/2 hari sahaja. Tambahan abang security kat situ “baik-baik” dan kasi kami ”kerja lebih masa”. Itu yang buat kerja siap cepat.  Kami ni rajin kerja tau!!

 

  • Waktu kerja fleksibel

Hari cuti? Sabtu ahad? Publik Holiday? Sama ja bagi kami. Comfirmkan dgn kami, bila boleh mula cat rumah puan. Kami ni kan Tukang cat A.K.A Kontraktor cat. kami juga mengecat restoran dan datang pada waktu malam jika siangnya restoran itu agak sibuk. Ini sebagai contoh lah, Kalau tak kerja malam bila lagi nak cat?  Waktu siang diorang nak masak dan pelanggan pun nak makan. Jadi kita kena setting lah pukul berapa, kami akan datang. Kerana kami bekerja 24 jam! Cat waktu malam pun pernah.   J

 

  • Sentiasa mengamalkan kebersihan ketika mengecat rumah

Rumah yang belum siap memang macam “kapal pecah”. Berterabur barang sana sini. Yang paling penting, kami akan pastikan tiada sisa cat pun akan tumpah ke lantai rumah puan selepas semua siap. Kami juga akan pastikan semua lantai dilapik dan barang-barang ditutup ketika kerja-kerja sedang berlangsung. Kerana yang kami cat hanyalah dinding. Bukan lantai ! kalau cat lantai tu kita pakai cat yang lain pula ya(cat epoxy). Kami memastikan cat rumah cantik dan bersih selepas kerja-kerja siap sepenuhnya.

 

  • Harga berbaloi dengan kualiti Cat dan Servis yang Profesional

Kami menyediakan cat yang berkualiti sahaja untuk khidmat cat rumah anda semua. Peralatan yang bersesuaian akan digunakan pada tempat yang sewajarnya. Harga servis cat rumah dan harga perkhidmatan yang diberikan bersesuaian dengan kepandaian tukang cat yang berpengalaman serta kawalan dari supervisor yang mengawal selia pada sesetengah tempat yang memerlukan khidmat seliaan.

 

  • Jaminan keatas kerja yang telah disiapkan.

Tidak perlu dirisaukan kerana semuanya merangkumi jaminan selama 6 bulan keatas cat yang kami sediakan. Selalunya jaminan ini lebih kepada masalah cat yang terkopek dari dinding yang kamu usahakan, kami kena pastikan yang masalah bermula dari mana ia datang dan jika ia bermula dari bahagian dinding yang mempunyai masalah paip bocor (leaking) atau atap rumah yang bocor. Ia harus diselesaikan dulu sebelum kerja dilakukan….

 

  • Boleh mengikut dan menunaikan apa saja idea yang terlintas dalam fikiran anda. (Custom made)

Suka diingatkan, idea tersebut haruslah masuk akal dan wujud. Apa saja idea yang ada akan diperhalusi melalui perbincangan. Sesetengah idea yang diberi adakalanya tak seperti apa yang kami fikirkan, maksudnya pemikiran dimasa itu tak seiringan. Ada baiknya jika keiginan tersebut disertai dengan contoh yang sedia ada dan rujukan, untuk mengelakkan kebarangkalian salah faham yang mungkin timbul.

 

 

Adakah akak dan abang berada dalam situasi macam ini?

 

Selama bertahun2 kami bekerja, Inilah golongan yang nak sangat kediamannya dicat  secepat mungkin. Kalau  hari ni booking esok lusa kena datang siapkan kerja.

  1. Orang yang nak kawin atau anak dia nak kahwin bulan depan. Kad kahwin dah kasi sedara mara, rumah kena lah nampak cantik dan berseri, takkan pengantin ja yang nak “make up” . rumah pun nak juga kan.
  2. Kaum family yang nak berhari raya dengan cat rumah yang baru. (kena booking awal sikit ya….Kami pun nak raya juga)
  3. Andalah… yang baru pindah masuk rumah sewa atau nak sewakan pada penyewa yang baru. Yang ini memang banyak, kalau dah masuk dan baru nak buat,memanglah barang yang ada dlm rumah tu agak berterabur kena alih sana- sini.. Boleh rancang dengan kami awal sikit sebelum masuk rumah..
  4. Akak dan abang yang baru saja buat renovation rumah. Dinding dah korek untuk masuk pipe dan wire dalam simen, tampal pun ala kadar ja, kadang2 tak rata pun. Kalau plaster ceiling pulak , ada sesetengah diorang ni memang tak buat kerja cat, ceiling penuh dengan lukisan pensel hasil “kira-kira” sukatan kerja. Yang ni memang wajib kena cat .
  5. Korang yang baru beli rumah dan tak sabar dah nak pindah masuklah… Tapi hati tu tak berkenan dengan warna yang pemaju kasi… Biarlah keluar modal sikit asal puas hati.. rumah tu nanti, korang juga yang nak hadap , kan? Bukan rumah sementara lagi dah ni…
  6. Cat rumah tu yang dah lama sangat. Ada yang dah mula mengelupas. Ada yang dah rosak, kira nak tukar warna modern yang paling terbaru dan versatilelah.. ikut arus semasa..Barulah berseri lepas siap nanti.
  7. Rumah ke 2 dah beli dan menetap kat rumah baru tu.. sekarang ni nak jual rumah pertama pada orang lain dgn harga yang lebih tinggi, Harga tanah kat situ pun dah naik.. kalau nak naikkan harga rumah, kenalah cat rumah cantik-cantik supaya senang jual pada pembeli baru. Buyer pun senang dapat dan kasi diorang tertarik, diorang yg beli pun puas hati.. tuan rumah/ agen tak perlulah tunggu masa lama..  Lagi senang nak “up” sikit harga rumah tu.

 

Akak dan abang  ada termasuk dalam salah satu golongan di atas kan?

Nak tunggu apa lagi?

Atau tak mau cat yang biasa-biasa yang guna berus dan roller dgn kayu panjang tu?

Nak cat guna cat special?

Nak rumah Nampak mewah ala-ala warna istana… huh..

Nak cat yang BLING..BLING..

Bermacam jenis kami ada buat

Antaranya..

 

  • Marble Effect painting.

Haa,, ni lah dia..

Cantik memang cantik.. memang elslusif.

 

2-Wall painting ornament

Sancora / momento Paint

 

Ceiling Drawing work & Ornament

 

 

Sky / galaxi effect

Panorama/object

 

tapi yang itu harga nya tak sama, semua kena datang dan kena sukat dulu

  • Berapa besar dan luas dinding tu
  • Ketinggian tempat / objek dari lantai

Kalau Tak Percaya Cakap Saya, Percayalah Cakap Pelanggan Saya:

[testimoni 1] [testimoni 2] [testimoni 3]

Ini Hasil Kerja di Youtube

Untuk akak dan abang boleh lihat hasil kerja di saluran Youtube kami, saluruan ini sentiasa aktif upload kerja  dari masa kesemasa dengan niche kerja yang berkaitan:

[masukkan video Youtube di sini]

Kami sedia mengecat rumah anda jika anda berada di wilayah ini

 

Sebelum puan membuat keputusan untuk menempah servis dari team kami,

Bole lihat dulu tempat dan kawasan yang saya dan team kami cover,

Bukan semua tempat ya  tukang cat rumah ni boleh datang.

Kalau ada dalam senarai ini bagus lah:

 

 

  • Shah Alam
  • Putrajaya
  • Puchong
  • Sg Buloh
  • Klang/Banting
  • Bangi
  • Kajang
  • Sunway
  • Kuala Lumpur
  • Kelana Jaya
  • Petaling Jaya
  • Seberang Jaya
  • Bpuanr Seri Damansara
  • Rawang
  • Gombak

 

 

 

 

Dah bersedia nak cat rumah bulan depan?

Ini Senarai Harganya

Untuk menempah, Cik puan boleh lihat pakej-pakej harga yang bersesuaian dengan rumah puan. Kami akan berikan hasil yang terbaik demi mencantikkan rumah puan supaya kelihatan berseri dan mewah dengan budget yang ada.

 

 

 

 

Pakej Mengecat Dalaman Rumah

 

 

  • Kawasan mengecat meliputi keseluruhan dinding dan ceiling dalaman bagi rumah kosong.
  • Harga termasuk dengan cat berjenama (i.c.i, Jotun, M.C.I, / Nippon)
  • Pintu dan frame berasingan harga dengan kadar  $115. Seunit
  • Tidak termasuk grill.
  • Jika ada lubang paku dan rekahan halus didinding, ia akan ditampal sebelum kerja cat lapisan finishing disapu dahulu. Ada tambahan jika major works.
  • Harga bagi single storey dan double storey mengikut size asal rumah.

 

 

 

Jenis Kediaman   BASIC STpuanRD ADVANCE
Flat RM1,700 RM2,000 RM2,400
Apartment RM1,900 RM2,300 RM2,700
Studio biasa RM2,600 RM3,000
Studio Duplex RM2,900 RM3,300.0
Kondominium RM2,800 RM3,300
Single storey Rm2,800 RM3,000 RM3,300
Doube storey Rm3,800 RM4,300 RM4,800
BOOK NOW! BOOK NOW! BOOK NOW!

 

2 warna                       3-4 warna                       5-6 warna

 

Tambahan $150.00 untuk rumah penuh barang/ didiami bagi kerja mengangkat dan mengalihkan barang.

 

Ok Tuan. Saya faham dengan pakej-pakej ini.

 

 

 Macam mana nak tempah?

Jika Puan sudah suka dengan hasil kerja kami dan mahu menempahnya, puan boleh klik link di bawah ini. Melalui link ini, puan akan mengisi borang maklumat alamat rumah dan alamat email puan supaya kami boleh reply dalam email cik puan. Tanpa membuang masa lagi, sila KLIK link di bawah:

 

Klik Sini untuk servis mengecat rumah puan

 

 

 

Ikhlas,

 

 

Tukang cat rumah Anda

012 6222 132

 

PS:  Perkhidmatan ini berasakan siapa yang booking dulu dialah yang dapat awal. Jika dah booking dah comfirm tarikh dan masa dah ditetapkan, dan tempahan itu dikanselkan, sila tunggu giliran anda jika masih berminat untuk servis yang kami tawarkan.

PSS:  Tunggu apa lagi.. TEMPAH SEKARANG!